aku-dan-photography

Tuesday, January 19, 2010

cerita 4 , 5.45pm SIMPANG TIGA RUMPUN BAMBU!


2 insan yang aku sayang dari dulu,kini dan selama2nya...


Pakcik Kulop Sambung lagi....

Jam 5.45 petang pasti aku akan berada berhampiran kedai kutik.. Di simpang besar menghala ke ulu kinta kira2 15 tahun yang lepas, aku telah pun berada di maktab ketika itu.


Beberapa bulan sebelum itu.
Satu hari aku pulang dari kerja dengan hati yang gembira.. Aku telah terpilih untuk dihantar ke jepun oleh kilang yamaha. Ini adalah kerana aku boleh berbahasa inggeris (gitu2 jea) berbanding kebanyakkan leader yang lain.. Ini adalah peluang yang aku nanti2kan kerana aku memang minat ngan bebenda letronik nie..


Sesampai aku di rumah.. Aku perhatikan opah aku.-mak saudara aku tersenyum2.. Haih.. Ngapa lak nie.. Takkan nak suruh aku kahwin.. Aku tak mimpi apa2 lagi nie...


Mereka menyerahkan sebuah sampul surat yang besar dan berat.
Tawaran mengikuti kursus perguruan.. Dan poskod maktab tu sama lak ngan poskod rumah aku. Depan tu je maktab aku.. Nampak dari rumah..


Aku tak terkata apa2.. Langsung terpendam terus.-ikutkan hati, tak hendak aku terima tawaran tu.-aku nak ke jepun.. tapi.. Bila aku tengok opah aku suka bebenor.. Aku pasrah.. Mungkin nasib aku lebih baik dengan bukan menjadi seorang pekerja kilang.. Malam tu aku menangis semahu2 di atas katil sambil tekup bantal ke muka.. Hingga terangkat2 kain aku..( ni kompom tipu tahap gaban.. Haha)


*bas berwarna biru sedang berhenti.. Aku selak pandanganku pada setiap cermin kaca bas yang luas.. Dan dia berada di dalam bas sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang bakal aku bawa dalam mimpi nanti..

Itu yang aku lakukan berbulan lamanya hinggalah pada satu hari..

Bersambung lagi...

don't break my heart part1
ni pon sayang gak....

searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

9 comments:

Dak Wan said...

Kengkadang kita tertanya kenapa tuhan buat begini bukan begitu, tetapi sebenarnya begini itu yang terbaik.

kulop ludin said...

em...
selepas itu, kini teman pon faham.....

thanks bro!

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

wt saspen la cite uncle ni. hehe.. best2..

kulop ludin said...

haha..
sabor2...
saspen tu yang wat syiok!!

|| NaFiRaa || said...

*gelak kekek2.. ngah bayangkan part nangis atas katil tuh!! ahaks..

u!!! asal pendek sgt citernye?? x puas baca!! dah kena tunggu next n3!!
apepun ai tunggu sambungan nye!!

kulop ludin said...

>nafira...
nie tengah karang lagi...
lepas lipat kain, mesti teman sambomg draf cete nie!!
haha!!

ejaa said...

dapat g jepon!!

Juice said...

ala best nyer leh gi jepun, bukan senang tau dapat peluang once of lifetime camni...

kulop ludin said...

>ejaa... huhu
>juice, tu la.... kekadang hasrat terpaksa terpendam kala peluang datang menjelma....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...