aku-dan-photography

Thursday, December 31, 2009

2009 selamat tinggal 2010 sudah mari

teringin
aku bergambar bersama sebuah motor milik salah sorang warga skpz.
teringin nak memilikinya tapi apakandaya... lesen aku hanya layak untuk honda cub jea..

selamat tahun baru buat semua pelawat blog aku. blog yang aku suka apa yang aku suka cakap dan telus,aku harapkan ianya dapat dikekalkan begitu.

semoga azam baru yang bakal menjelma akan menjadikan kita insan berguna setidak2nya pada diri sendiri jika tidak pada orang lain.

pada aku, jika hidup hanya untuk memuaskan pandangan orang lain... sampai bebila keinginan kita takkan tercapai. demi untuk tanggapan orang lain, kita yang terseksa.

untuk tahun ini, aku nak layan blues lagi.... hal orang aku tak nak masuk campur.. lagipon aku ni lelaki... tak rock cete pasal hal2 kain orang...

salam tahun baru buat semua.

kulop ludin http://spendapintalgetah.blogspot.com/




Tuesday, December 29, 2009

hot springs sungkai seperti aku janjikan.

sungkai hot springs


Seperti yang aku janjikan hari ni aku ke hot springs sungkai... Anak aku danny sesubuh sekatak dah kacau aku..

Bapak.-bila nak pergi swimming pool nie..terpingga2 aku lepas dia tanya betul2 kat depan muka aku...

Walaupun aku duduk kat tapah tapi ini le kali pertama tergerak hati nak ke sini..-ini adalah rentetan gagalnya aku ke lost world of tambun baru2 ini....


sungkai hot springs

Dari tapah... Untuk terus sampai ke sini lebih kurang 40 minit jea... Idak le jauh... Cumanya perjalanan masuknya memang agak ke dalam sikit... Lebih kurang 7 km dari simpang pertama (berhampiran smk sg kruit)

apabila sampai... Aku berbaris mengambil tiket.. Bagi dewasa rm10 manakala budak2 rm8...
Selepas membayar tiket.. Aku memandu masuk ke dalam...

Sesampai di sini... Danny dah tak sabar2... Maklumlea.. Budak2 mana yang tak suka kolam2 air ni.... Itik kampar pun suka!

Ramai orang kat sini.. Aku perhatikan keadaan sekelilingnya cozy dan ada chalet juga untuk penginapan.

sungkai hot springs

Cuaca yang agak mendung cukup baik bagi aku.. Idak ke sun burn.. Kulit aku tak berapa nak mesra dengan keadaan cuaca yang terik.. Terbakar kulit aku...


Aku perhatikan anak aku dan orang rumah aku tak berenti2 berendam... Aku dah stop.. Entahlah..- mungkin sebab yang aku ceritakan dulu.-mandi laut sebulan yang menyebabkan begitu.


Setelah hampir 2 jam kami di sini.-tiba waktu untuk pulang.... Danny dan orang rumah aku berasa puashati.-cukup untuk menutup tirai 2009

r&r tapah
*dicatat ketika berhenti rehat di r&r tapah.-berhenti makan-lapor le pulak...

Saturday, December 26, 2009

1984 pantai tanah merah melaka


 

1984
Aku darjah enam.. Pada tahun ini aku telah berpindah ke melaka.. Memang sukar untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Tapi aku suka tempat ni kerana opah aku telah menyewa sebuah rumah yang betoi2 di tepi pantai.


Pantai tanah merah betul2 bersebelahan dengan kem komando sungai udang di bahagian pantai. Terletak betul2 dihujung perjalanan selepas melepasi pantai rombang dan pantai kundur... Rata2nya penduduk kampung ni adalah nelayan dan ada yang jadi penoreh getah.
Pantai tanah merah yang kini tiada lagi selepas petronas mengambilalih tanah orang kampung untuk dijadikan tapak tangki minyak yang besor tu.


Aku suka cara kehidupan penduduknya... Cukup ramah... Semuanya bergaul antara satu sama lain...


Apabila sampai dipenghujung jalan.-ada sebuah kedai runcit.-tak silap aku kepunyaan kak minah/munah atau pak uteh... Aku ingat2 lupa... Di sebelahnya ada dewan orang ramai dan court serbaguna... Penduduk kampung ni suka main bola tampar.- petang2 yang kecik dan yang besar join sekali main bola tampar... Meriah.


Duduk di melaka membuatkan aku belajar banyak perkara... Budaya dan makanan. Yang aku pasti... Sambal nasi lemak memang pedas dan masam.-jenuh aku nak sesuaikan dengan selera aku masa tu... Dan satu lagi adalah bahasa..-kasar bahasa orang melaka-bagi mereka yang tak biasa macam aku ni...  rupanya kasar tu bukan menunjukkan niat..-tapi menunjukkan kemesraan...
Aku ingat beberapa kawan2 lama aku di sana.. Antara yang masih diminda adalah kamal(kecil le orangnya)  dan faisal lassim-yang cukup marah apabila orang main nama bapaknya...tak pasti mengapa time kawan2 aku bersin dema akan pandang faisal...


Satu lagi adalah pasangan suami isteri... Ketot namanya... Kata orang ketot ni ada short sikit suis kat kepala..-entahla... Yang aku tahu dan nampak.- ketot memang romantik.. Ke sana ke mari berdua suami isteri.. Haih.... Love conquers all...


Hujan lak kat tapah.. Aku kat shamli bistro.. Makan tengahari... Em... Kena lepak le lagi sorang2.....


Disebabkan rumah sewa yang kami duduk(aku dan opah) di belakang pantai...
Jadinya aku mandi laut hari2... Sampai sebulan... Maklumlea... Tinggal di bt8 ulu kinta mana ada laut...  paling dekat pun di lumut... Peh... Mahu tak gembira nya aku... Akibatnya.. Sampai sekarang aku tak berapa eager nak mandi laut dah.Agaknya kesan daripada mandi tak berhenti selama sebulan kut...


Di kampung nie aku belajor macammana nak mengagau udang belacan.-memancing dan juga skodeng... Skodeng penyu bertelur..-tapi tak penah pun berjaya-tiap kali nak skodeng-aku tertidor.....


Aku bernasib baik sebabnya orang kampung ni sporting... Walaupun aku baru darjah enam... Dema tak kisah aku join sekali setiap kali tiba musim gagau udang belacan nie... Tapi jerih la...Nak menolak jaring yang diikat pada buluh menyusuri pantai... Dan pengalaman tu sampai bila2 takkan kulupa... Opah aku pun dah pandai buat belacan sendiri... Hehe... Tiap kali balik ipoh..-habis disedekahkan belacan kepada kawan2nya....


Aku tinggal setahun di sini.
1985
aku balik ke ipoh semula...Dan pada 1989.. Sekali lagi aku berpindah ke melaka.-ditempat yang sama apabila aku kemudiannya bersekolah di sekolah menengah kem terendak.

Banyak lagi pengalaman aku semasa tinggal di melaka... Akan aku ceritakan apabila kenangan mula menjelma..


*dicatat ketika hujan turun. shamli bistro tapah.

Friday, December 25, 2009

LORONG HAJI TAIB DAN TERUNA AKU.

masjid di batu 3  jalan pahang tapah


Tiada tempat yang paling segar dan tenang melainkan berada di dalam masjid.
Dah banyak tempat aku sampai... Masjid tetap nombor 1.... Mungkin kerana rahmat yang berada di dalamnya...

Lorong haji taib... Sedap namanya.... Tapi entah macammana lorong tu cukup terkenal dengan ayam2 kaki dua yang boleh bercakap...


1991
masa ni aku bekerja di sebuah kilang di bercham.-kilang buat tiub... Hampir semua kawan kampung bt 8 aku cari duit di kilang tu... Tian thye.- nama kilangnya..
Di kilang tu aku ditempatkan di merata2.. Dan baru aku tahu..-bukan senang nak kaih rezeki..-berpeluh2 mencurah2..terutama apabila getah perlu dimasukkan ke dalam tempat stim..kepala nat pun dah sama besar dengan penumbok dewasa.. Dan perlu diketatkan satu persatu... 

Selain daripada menjadi buruh kasar tak tentu tempat.-aku juga jadi kelindan lori.- driver nya seorang cina tetapi agak fasih berbahasa melayu cumanya tak tahu membaca.-so aku dan seorang kawan aku jadi juru pandu merangkap macai..

Hinggalah tiba satu hari kami ke petaling jaya untuk menghantar barang.. Kami dah nampak papan tanda menghala ke tempat tu.-tapi disebabkan tak pernah sampai area2 sini.. Aku kata kat driver tu.. Belum sampai lagi.. Hasilnya seronok le kami layan mata ke tempat2 yang baru... Last2 driver tu rasa macam dah kena main je ngan dua mamat nie... 

Pendek cete.. Kami kena marah bila aku kata
"eh wong.. Saya ingatla itu tempat sudah lepas la.. Belakang sana.. Sudah jauh wo...
Kata wong
" lu orang betul2 talak guna la... Lu orang tak tau baca ka? Lepas tu apaentah dia mencarut dalam bahasa kantonis.. dalam hati.. Aku cakap.. Lantak ngko la wong janji aku leh makan angin ..
Malamnya wong bawa kami ke sebuah tempat istimewa...

"ini malam kita pergi tempat best

rupa2nya kami ke lorong haji taib... Aku dah debor2 maklumlea sebagai teruna sunti..-aku tak biasa benda2 camni. bila sampai di sana.. Wong bawak aku meronda ke kebanyakkan hotel yang ada.. Masih aku ingat.. Cantik dan ceria.. Macam2 warna.. Merah jambu.. Purple... ehem.. Bila masuk dalam tu...
"mali2 pilih2 ha.... Yang situ lima belas linggit... Sana tu dua puluh linggit.. Pilih2 mana suka.... kata apek tu

Wong tanya aku dan kawan aku...

"ei gumuk lu mau mana? Angkat2 gua belanja ini malam...

Huhu... Umor baru 19 tahun.... Dah dapat offer macam tu.... Cakap telus.. Aku tolak offer tu, aku tolak bukan kerana aku ni baik sangat tapi.. Aku takut... Lagipun aku tak biasa nak open habisan2... Tak gamak nak bolen depan pempuan..malahan nak tengok aku bolen diri sendiri pun tak sanggup juga.... Hahaha.

Lepas ronda2.. Agak reda debor2 dalam jiwa ni... Wong bawak kami pergi makan... Aku makan sikit jea mungkin kerana masih teringatkan apek yang offer tadi... Sedangkan kawan aku tu belasah selagi mahu..

Wong berbisik pada aku.. Itu budak badan kecil saja tapi lu tengok dia taruh apa dalam pinggan... Cukup2 hantam sama saya... (mana tak komplen.-wong tu yang bayar semua!) 


2 minggu selepas itu wong dan kawan aku pergi ke tempat yang sama tapi kali ini tanpa aku..

Kawan aku hilang teruna.

Wednesday, December 23, 2009

Astro beyond dan tibi kaler 1980an


Malam semalam.. Aku isi permohonan online.. bukan sambung belajor.. Tapi aku mohon astro beyond.. So pagi tadi.-wakil astro tepon aku untuk sahkan permohonan aku.. Katanya dalam 10 hari... Akan dapat le semua yang aku apply tu....

Gitulah dunia hiburan sekarang penuh dengan teknologi.... High definisi dah lama aku idam nak nengok gambornya... Ada lcd tv pun tak guna kalau tak kena dengan kemampuan tv itu juga.


Masih aku ingat lagi... 29 tahun yang lepas.... Lepas waktu maghrib aku dan beberapa orang kawan akan menyendeng mengensot2 ke sebuah rumah jiran.. Semata2 nak tengok tibi kaler....


Dalam barisan rumah di line madrasah tu... Ada sebuah rumah je tibi kaler. So..-kira famous la rumah tu.... Tapi...-bukan semua orang suka orang lain mengintai balik tingkap... Mungkin mengganggu privecy.-dengan selamba kami dihalau balik..-balik dengan perasaan hampa kerana tak dapat tengok tibi kaler...


Sebagai bebudak..-perkara tersebut tak jadi hal pada kami..-tapi pada opah aku mungkin dia terasa...-maklum lea-aku ni cucu yang dia dah bela dari kecil...mungkin dia terdengar kami bercerita ketika pulang ke rumah masing2......

esoknya..aku dan opah ke pekan tanjung..-terus ke sebuah kedai letrik.-kwong letrik( masih ada hingga kini ) aku kagum dengan peralatan letrik yang ada di situ.- heaven pada aku.... Rupa2nya opah aku nak beli tibi kaler.. Dengan takda ilmu apa2 opah aku beli tibi kaler.

Memang kagum la ngan opah aku ni.. Boleh diumpamakan kalau zaman sekarang ni umpama bebudak pekan disuruh pam lampu gasoline...

Tibi kaler tu jenama sharp..20 inci.. Body kaler coklat. Harga dalam 2 ribu lebih...tahun 1980..opah aku tak mampu nak bayar cash.. Jadi kami bayar secara ansuran yang aku pasti bila dah habis bayar mesti harga tibi tu dah cecah 5 ke 6 ribu.....
Sesampai kami ke rumah (kami tumpang kete tokey letrik tadi) jiran2 rapat dah mula sampai.. Macam rapat umum lak...

Malam tu.. Opah aku goreng cucor.. Sambil tengok tibi kaler.-kami makan cucor.... Ramai jiran2 datang ke rumah untuk menikmati sinar tibi kaler.. macam show jabatan penerangan pulak...bila dah ramai2 ni..
Lama juga keadaan ini berlaku.-opah aku tak kisah.-aku apatah lagi.-bukannya tau apa2..-sedap tonton jea...yang jerih nya opah aku yang membayor!

Setiap kali waktu malam kami tonton tibi kaler tu dalam gelap...-kata opah... Nampak macam dalam panggung wayang... Hehe.
Tengok berita pun nak rasa macam dalam panggung wayang!

Tuesday, December 22, 2009

TANJUNG RAMBUTAN






Arwah datuk aku bekerja sebagai atendan di hospital tanjung rambutan.
Tanjung rambutan cukup terkenal... Sering dirujuk sebagai tempat orang gila. Dalam filem pramlee.hospital tanjung rambutan banyak kali digunakan dalam dialog2nya....



Ramai orang yang tinggal di tanjung rambutan agak malu2 untuk mengaku mereka ni asal atau tinggal di tanjung rambutan. Termasuklah aku pada mulanya. Pabila orang bertanya...


"Asal dari mana? Jawapannya... Ipoh!
Hehe...


Aku tinggal dalam kawasan hospital.. Jadinya memang hari2 aku tengok pesakit mental dalam tu.. Kesian gak.. Kadang2 tangan terhulur keluar dari pagar.. Melambai2 aku dan kawan2 aku.. Kami gemor main tembak2.. Maklum lea.. Time tu.. Siri combat tengah top.. Dan aku jadi vic morrow (aku sebut big morro)


pesakit tadi melambai lagi... Kami berhenti.. Masing2 menyilangkan mesin gun diperbuat daripada batang ubi kayu yang melata di belakang rumah.
"adik... Mintak tolong belikan pakcik tembakau.
Antara barang yang dicari adalah tembakau atau rokok.. Agaknya itu adalah santapan mental yang paling sedap kut...

Aku tak pasti tahun bila..
Botak chin (google le sendiri yea) penjenayah yang paling dikehendaki polis telah dibawa ke hospital tanjung rambutan untuk rawatan. Wadnya berhampiran kawasan kami iaitu di line madrasah.. Masa tu aku perhatikan punya le ramai polis.. Laluan ditutup atas sebab keselamatan.

Aku terdengar dari sembang orang tua2(pada masa tu..) Botak chin ni macam robin hood.. Duit yang dia rompak tu digunakan untuk membantu orang2 miskin..
Entah le sapa robin hood tu... Aku budak lagi... Yang aku tahu... Vic morrow...
Banyak betul kenangan semasa tinggal di kuarters tanjung rambutan(line madrasah).... Nanti aku ceritakan sekadar mana yang aku mampu..

Monday, December 21, 2009

Ibu mertuaku dan menantu


Sebut saja ibu mertua... Em..-berbagai reaksi atau tanggapan boleh kita nampak.
Ibu mertua digambarkan sebagai satu halangan perasaan bagi semua yang bergelar menantu.
Aku kagum cara orang rumah aku melayan anaknya... Penuh kasih sayang.-dan aku terfikir apabila anak ini besar dan mempunyai keluarga sendiri.-adakah dia mampu berkongsi kasih antara dirinya dan menantu.
Ibu mertua vs menantu biasanya lebih merujuk kepada menantu perempuan... Menantu lelaki.-jarang sikit sebabnya lelaki ni tak berapa nak ambil port hal2 camni....
Dalam filem pramlee... Berlainan pula.... Menantu lelaki ngan mak mertua.... Kalau tengok cete tu..-memang nampak kejam jea ibu mertua tu.-tapi kalau kita halusi..-mana ada satu mak bapak nak anak dema hidup tak sempurna..-udah penat menjaga-melahirkan dema-tak tidur malam-alih2 pasangan pilihan dema tu memang takda masa depan... 

bukan senang nak jadi makbapak!!



* hujan nak turun kena angkat kain la.. Nanti sambung lagi...


setelah aku gugel, ada satu masalah yang agak menarik...


Soalan;


Assalamualaikum ustaz. Saya ingin mengutarakan beberapa persoalan.
i) Berdosakan /anak derhakakah seorang anak lelaki yang mengambil berat akan ibu bapanya. Tetapi ibu tersalah faham akan apa yang dicakapkan oleh anak terhadapnya. (ibu terlalu mendengar kata anak-anak yang lain)
ii) Patutkah suami saya menceraikan saya atas desakan adik perempuannya dengan berkata " isteri boleh dicari tetapi mak seorang sahaja", demi menjaga keluarganya.
iii) Apakah hukumnya pula kalau anak perempuan yang sudah berkahwin tinggal bersama maknya dan berjauhan dengan suami, serta menyusahkan emaknya dengan tidak membantu membuat kerja-kerja rumah.
iv) Apakah pula hukum orang yang mencaci dan memaki di bulan puasa yang mulia ini ustaz.
- ustaz saya harap ustaz dapat menjawab semua persoalan saya ini. saya dan suami buntu. sekian terima kasih.


jawab staz balik.....


1. Anak wajib berlaku baik kepada dua ibu-bapanya. Jika mereka miskin, wajib anak menafkahi mereka. Hendaklah sentiasa bertutur dengan baik di hadapan mereka, menjaga hati mereka dan menggunakan bahasa yang lunak jika ingin menegur mereka. Apabila ibu-bapa telah tua mereka kadangkala terlalu sensitive dan mudah tersentuh hati, maka ketika itu anak hendaklah banyak bersabar dan bertolak ansur. Jika berlaku situasi bermasam muka –mungkin kerana salah faham atau hasutan orang lain- anak hendaklah terlebih dahulu memohon maaf dan cuba membetulkan keadaan walaupun pada hakikatnya dia tidak bersalah. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya); “Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkat darjatnya” (Riwayat Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah dari Abu Hurairah r.a. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 8605).


2. Manusia –termasuk ibu atau bapa atau ahli keluarga- hanya boleh ditaati jika mereka menyuruh kepada kebaikan. Tidak harus suami mentaati mana-mana orang yang mendesaknya untuk menceraikan isterinya yang soleh yang tidak pernah nusyuz sama ada orang itu ibu, bapa atau sebagainya. Ada setengah ulamak mengharuskan suami menceraikan isterinya atas permintaan bapanya tetapi dengan syarat bapa adalah orang soleh dan menjadi tabiat orang soleh tidak akan menganiayai sesiapa tanpa sebab. Adapun jika bapa tidak soleh, tidak wajib mentaati kehendaknya itu. Menurut ulamak; tidak masuk dalam kategori kebaikan kepada ibu-bapa dengan mentaati mereka supaya menceraikan isteri yang baik dan tidak dinamakan anak durhaka jika si anak tidak mentaati ibu atau bapa supaya menceraikan isterinya tanpa sebab yang munasabah.


3. Isteri tidak harus tinggal di luar rumah suaminya kecuali dengan izin suaminya. Tanpa keizinan suami, ia berdosa dan dikira isteri yang nusyuz. Mengenai menyusahkan ibu, tidak seharusnya seorang anak menyusahkan ibunya. Di antara pengertian berbuat baik kepada ibu-bapa yang dituntut di dalam al-Quran dan hadis ialah membantu mereka jika dalam kesusahan dan tidak melakukan perkara yang menyusahkan mereka.


4. Di antara kewajipan seorang muslim ialah mernjaga lidah. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bercakap yang baik-baik atau ia senyap sahaja”. Mencaci-maki adalah dosa. Jika dilakukan di bulan Ramadhan akan mengurangkan pahala puasa. Jadi, ia akan mendapat dua kerugian; (pertama) dosanya makin bertimbun kerana caci-maki itu, dan (kedua) pahala puasanya berkurangan. Bagi orang yang dicaci atau dimaki pula, ia hendaklah bersabar dan jangan membalas cacian atau makian itu dengan cacian atau makian pula. Dalam hadis, Nabi s.a.w. menasihatkan kepada orang berpuasa; “Apabila ada orang datang kepada kamu mencaci dan mengherdik kamu, katakan kepadanya; ‘Aku sedang berpuasa’ (yakni jangan pula membalasnya dengan mencaci pula)” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Wallahu a'lam.


blog ustaz

Saturday, December 19, 2009

aku lost di lost world of tambun (batu 5)

Hari ni aku ke lost world of tambun..
Sampai dalam kul 10 setengah.. Lost tu baru buka dalam setengah jam..

lost world of tambun
Sesampai di sana..
Peh... Bukan main ramai umat manusia... Menguit di sana sini macam lagu siti plak... Tak sangka dalam setengah jam dah ramai orang...


Lost world tu dulu asalnya tempat cina kebun sayur dan hutan banat... Masa kekecik dulu aku pernah masuk ke sana.. Tapi setakat kolam air panas yang ada kat situ... Itupun kat luar jea... Ada sungai kecil.-airnya panas gak.. Jadi berendam la kami..


Kami berendam tak lama.-leh tahan kejap jea.-panas betul...kulit tak tahan masih nipis lagi... Masing2 tak tentu hala...


Semasa berendam di sungai tu... Salah sorang daripada kami telah tanya satu soalan pos kuiz...
"Berendam lama2 nie idak masak ke telur? Aku tengok mak aku rebus telur ayam dalam periuk lepas tu telur tu jadi keras!
Soalan tu telah menyebabkan kami melompat keluar dari sungai air panas tu...
Punya le risau tentang telur masing2... Kelam kabut periksa apa patut... Haha..
Itu le last kami pergi berendam kat sungai air panas..... Naive betul time bebudak dulu......


lost world of tambun
Dah setengah jam aku berdiri... Berganjak baru 3 kaki.... Hampeh... Lama betul nak membeli tiket... Bukan murah lak tu... Dewasa rm30, kanak2 tinggi lebih 3 kaki dah rm24 rasanya....


Disekeliling lost world terdapat perumahan yang dibina... Hebat2 rumah di situ... Besar2-belaka.... Harganya-peh mau tergulung lidah nak nyebutnya.... Bukan untuk orang2 biasa..-bukan untuk kami yang dah tinggal berpuluh tahun di sini.....


Manakan mampu pesara2 polis..-atendan2 hospital nak memiliki rumah yang hebat2 tu.... Mungkin anak2 mereka yang mampu....


Jam dah menunjukkan pukul 11.05 minit pagi.. Dah lebih setengah jam aku berdiri... Dari point a, aku dah bergerak dalam 5 kaki... Kaunter masih jauh di hadapan...


Pada masa memula cadangan nak bina lost world tu.. Ada aku dengar terdapat bantahan daripada orang sekeliling. Ada yang risau tentang banyak perkara yang terutama dari segi politik.. Aku tak pasti apa sebabnya.. Mungkin pengaruh undi agaknya..


Dari segi pandangan kasar.. Tak ramai orang tempatan yang masuk ke lost world tu.. Maklum le.. Harga tiket kalau udah ramai.. Mau semput... Jadi bak kata orang.. Lagi dekat dimata lagi jauh dihati..


apabila jam dah menunjukkan jam 11.10 aku dah tak tahan.... Jemu betul rasanya berdiri macam nie... Orang semakin ramai yang datang..... Anak aku dah tak tahan... Agaknya dah letih kut.....


Dulu ramai orang beranggapan kehidupan mereka akan berubah disebabkan pembangunan kota air keriangan berhampiran tempat tinggal.... Tapi sekarang... Ianya masih seperti dulu melainkan kereta yang semakin banyak..... Rumah mewah yang tak mampu dimiliki... Jalan lurus tempat merempit... Traffic light hijau masuk ke lost world lebih lama
( pelik.takda orang pun dia stay hijau lama kalau nak masuk ke lost world walaupun kul 1 pagi)... Pasaraya giant.... kedai mamak 24jam di tambun... Petrol stations pelbagai pilihan..... Itu jea yang nampak..-yang semua mengeluarkan duit sahaja....


lost world of tambun
Aku akhirnya membatalkan hasrat untuk mandi manda di kota air ini.. Kesian danny tapi bagaimana mungkin aku nak parking ponggongku ini dicelah beribu ponggong yang menyesak masuk?


Minggu depan aku akan ke hot spring sungkai.. Harap2 di sana kami akan lebih selesa walaupun agak jauh sedikit dari tapah.. Tapi lebih dekat dari ipoh...

Thursday, December 17, 2009

undang2 untuk kaki mandrem!!

Gubal undang-undang hukum pengamal sihir
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my


SHAH ALAM: Penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.


Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, semalam.


Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru.


baca artikel penuh


ya.... ilmu mengilmu telah diiktirafkan sebagai satu masalah dalam kehidupan....
memang meletihkan kalau semua dah mula main magik!
macam2 jenih magik ada!


bini ilmu laki, laki ilmu bini... anak ilmu emak.. adik beradik, kawan2, musoh2... sabit kata... main magik belaka!







salah satu yang masih terkesan dalam ingatan aku ialah cete isteri,pempuan dan dot3!
walopon pada masa tu aku masih teruna lagi.... kesan cete tu menakutkan.... bayangkan kalau dapat bini yang jenih pandai wat nasik tonggeng..bagi laki makan supaya laki akan tunduk ikut telunjuknya... lakonan sofia memang cukop berkesan(ekspresi masa dia nonggeng tuh.... peh!!-10 tahun lepas felem nie kuor baru aku tau!!).... aku bayangkan betapa kotornya rezeki yang dihidangkan..... hampeh!




nasi kangkang Pictures, Images and Photos
gambar hiasan, tak pasti ni nasik kangkang lelaki!! haha!(tak sanggup le nengok kalau lelaki wat nasik tonggeng tuh)


bagi lelaki lak.... ilmu penunduk..... tengok bini... bini pun tertunduk... tengok anak dara... anak dara tertunduk2..... ya, ilmu jenih nie tak lain tak bukan, gila nyambei je krojeanya.... berhati2 le wahai kaum pempuan.... satu tips.... kalau berkenalan ngan laki... try mintak no ic dema.... lepas tu pergi le check kat jabatan pendaftaran dan jabatan agama.... check status.... orang laki nie... kebiasaanya, nak 'bujang ' sepanjang hayat...... kecuali admin blog ni jea....

amalan magik2 nie memang dah lama dah..... demi mencapai matlamat, cara dihalalkan! tapi aku pelik gak.... ngape tak guna ilmu2 untuk perkara2 yang baik? contohnya... ilmu kan orang tu untuk jadi baik,menghormati orang tua dan sebagai, sebaliknya.... mintak yang pelik2.... bagi lemah syawat la, kembong perot.... takleh tido malam.... nampak bayangan pelik2, merasuk dan banyak lagi!!




budaya magik2 ni unik mengikut kaum dan bangsa juga..... setiap genre ada magik masing2..... apapun, adakalanya magik kena lawan ngan magik....terpulang kepada kita untuk memilih magik putih atau magik hitam!!


*tapi camne nak buktikan ye? bukan ada resit bagi setiap kali orang berurusan ngan magik2 nie.... cctv pun takde rasanya.....






MAAL HIJRAH


masjid an nur bt 8 ulu kinta perak

sabtu lepas aku berkesempatan duduk di masjid mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh yang berbahagia dato' haji hassan din al-hafiz yang datang ke masjid an nur batu 8 ulu kinta.

adapun, aku ni bukanlah jenis rakan2 masjid... tak berapa pandai dalam hal2 agama... namun begitu... aku belajor sedikit demi sedikit...(ehem2)

masjid an nur bt 8 ulu kinta
ramai gak yang hadir pada malam tu...

1malaysia
tapi ramai lagi yang hadir semasa perasmian rasmi 1malaysia di stadium indera mulia ituhari...

masjid an nur bt 8 ulu kinta 1

memang mengikut ustaz tu.... kalau nak dibandingkan kehadiran sambutan tahun baru masihi.... punya le ramai orang2 melayu islam yang terkinja2 melompat2 celebrate dengan penuh perasaan gumbira amat sangat... ini jauh berbeza dengan sambutan maal hijrah..... masih ramai tak tau betapa besarnya makna hijrah...tahun baru islam!!

banyak tul ilmu yang aku dapat malam tu..... antaranya, umur rasullullah masa first terima wahyu ketika berumur 40tahun 3 bulan 8 hari kalau ngikut kalendar islam...kalau ikut kalendar masehi... umur tu dah jadi 39 tahun 6 bulan 8 hari... ini bermakna umur kita la nie sebenornya tak tepat.... kita tua beberapa bulan.... jadi itu bermakna rebutlah peluang beribadat ketika kita masih lagi diberi keizinan untuk hidup.... (tersedor aku jap)

hampir 2 jam ceramah tu.... aku macam biasa mesti kena cari dinding untuk bersandar... maklumlea... udah tetua nie.... beteh dan peha cepat benor kebehnya...

lepas abih ceramah.... aku ngan ejan gi ipoh ke gerbang malam....



banyak info lagi di sini : klik2

Wednesday, December 16, 2009

Lembaga hasil dalam negeri


Aku seorang patriotik.. Dasar gomen aku terima seadanya. Siapakah aku jika hendak menolak kata2 dan perintah gomen..

Tadi pagi.. Seperti biasa.. Sebelum berjalan ke sana ke mari di pekan tapah.. Aku akan check peti surat.. Peh ada sekeping surat dari lhdn.
.
Haha.. Aku pasti surat ni mengandungi check kerana lhdn berhutang dengan aku dalam 8 ratus lebih.. Dah setahun lebih lhdn tak bayar2 balik duit tu.
.
Surat tu aku simpan elok2... Takut tercicir.... Selepas habis urusan di tapah... Aku pun balik ke umah....
Aku kaya... Ya aku kaya jika surat itu merupakan check.-tetapi apa yang tersurat... Adalah cukai taksiran tahun 2007...
Hampeh betul.... Aku kena cukai time2 ekonomi tak berapa meriah nie.... Tak bermoral betoi! Aku kena dalam 5 ratus lebih.....

2007 mana le aku ingat berapa dah aku belanja.... Peh.....
Suka suka hati dema je nak duit aku.... Clear bonus ciput yang akan aku dapat nanti..-semua ke lhdn... 

Gelak besor le korang..

Kentut wangi


ini kereta idaman member kampung(batu 8) aku, ejan...

Semua orang tau kentut tu busok! Walaupun menurut bijak pandai kentut tu penting bagi memastikan perut bebas daripada angin yang menjerihkan kalau perut dah penuh..
Bila kentut.. Orang tutup hidung,marah2 dan sebagainya. Semua bencikan kentut terutama kentut orang lain...

Tapi ada masanya kentut tu wangi... Zaman kentut wangi agak unik merujuk kepada satu awalan perhubungan antara uda dan dara.. Romeo dan juliet. Kentut mereka tidak menganggu malahan masing2 mengawal tindakbalas yang normal bagi manusia biasa..

Dan ketika kentut tengah wangi.. Mereka mengikat ikatan kasih sayang menjadikan dunia mereka lebih bermakna...susah senang diganding bersama... Keceriaan semakin terasa dengan kehadiran insan ketiga dan bertambah lagi...

Akhirnya kentut mereka tak wangi lagi... Berbagai cara telah dicuba.. Kentut mereka tidak sehaluan... Masing2 menuduh kentut siapa yang paling hampeh dan menjijikkan...

Kiranya itu terjadi.... Kenanglah zaman kentut wangi dahulu....
kadang2, kentut kita dah tak penting...tapi kentut anak2 perlukan perhatian kita...
Tidakkah indah apabila tiba masa kentut anak kita menjadi wangi, kita ada bersama2...

Hidup bukan setakat diri kita sorang jea...

Tuesday, December 15, 2009

Umno akhir sebuah impian my review

Setelah aku dapat habiskan membaca buku ini...
Banyak info2 yang baru daripada persepsi seorang pencen yang banyak memainkan peranan dalam menaikkan seseorang...

Dalam buku ni tok mat merupakan orang kuat dalam memastikan umno sentiasa meniti dibibir rakyat.. Bermacam2 cara telah dilakukan bagi memastikan ketua pemerintah duduk selesa di bangku tertinggi negara..

Cara tok mat bercerita sangat santai dan membawa kita bersamanya sekali... Acapkali aku menghela nafas kerana aku terasa betapa letihnya kalau aku menjadi tok mat...

Buku ini juga menjelaskan beberapa perkara atau persoalan yang bermain di minda aku.. Kenapa tok mat digugurkan? Jawapannya disertakan dalam awal2 bab buku ni... Tak nak aku ceritakan sebabnya elok beli sendiri.... Tapi cara dia digugurkan.. Em.. Sadis gak... Dia kena sound direct jea..

Baru aku tahu disebalik tabir... Sikap individu adalah sangat berbeza dengan apa yang kita lihat selama ini..

Tok mat telah lama berkhidmat sebagai orang kuat disebalik tabir orang nombor satu negara dan dalam buku ni.. Fokus tok mat adalah mantan kita... Mahathir....

Di history chanel ada satu dokumentari tentang mahathir. Kalau kita tonton dokumentari tu dan kemudian kita baca buku ni akan memudahkan kita kontraskan apa yang telah tok mat lakukan dengan apa yang sebenarnya kita nampak dikaca tv sebelum ini....

Buku ini juga diselitkan gambar2 tok mat time muda2 dolo... Segak orangnya... Kulit depan atau book cover pun menarik... Pandangan seorang tua di luar jendela memang sesuai dengan isi buku ini... You can judge the book by its cover!

Cinta tok mat kepada umno memang takleh disangkal....
Berkhidmat di zaman tunku hinggalah ke zaman tun mahathir.. Tok mat memang diantara mereka yang mahir dengan seluk beluk umno....

Apakata...
Mahathir?
Anwar?
Hussein onn?
Ghaffar baba?
Setia dan semarak projek sapa?
Semua ada diceritakan dalam buku nie... Banyak kejutan2... Macam akademi fantasia pula gayanya....

Jasanya perlu dikenang?... Itulah pada pandangan aku apabila aku membaca habis buku ni...
Mungkin pada tok mat, jasanya selama ni orang tak nampak... Orang lebih suka mengata mencaci tok mat kerana beranggapan tok mat ni kaki sapu atau mengampu... Tak pasti samada dengan menjadi raja segala propaganda boleh melabelkan tok mat sebagai kaki pengampu kerana apa yang tok mat lakukan adalah merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada dia.... Malahan tok mat sendiri ada mengaku dalam bukunya....

Aku menantikan buku keduanya pula.... Mungkin banyak lagi yang ingin dikongsi bersama.... Syabas tok mat kerana sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca...

Kulop ludin: satu hari time kita pula yang memandang di luar jendela. Pasti.

Sunday, December 13, 2009

kutik dan spendapintalgetah

Kampung: Kg. Batu 8, Ulu Kinta

Daerah: Kinta

Mukim: Ipoh

Latar Belakang:
Penempatan di Kg Batu 8, Ulu Kinta bermula pada tahun 1969. Tanah penempatan di Ulu Kinta ini di diberikan bagi menghargai perjuangan UMNO bahagian Tanjung Rambutan pada masa itu. Bermula pada penghujung tahun 2001, seorang ketua kampung telah dilantik bagi mewakili Kg Batu 8 dan berpuluh-puluh kampung lain di sekitar kawasan Ulu Kinta termasuklah 4 perkampungan Orang Asli.

    Lokasi

Bandar: 16km dari bandaraya Ipoh

Pekan: 3km dari Tanjung Rambutan
   

Statistik
Dianggarkan seramai 12,000 orang penduduk di sekitar Kg Batu 8 yang terdiri daripada bangsa Melayu (90%), Cina (8%) dan India (2%).

   

Ekonomi
# Majoriti penduduk berkhidmat dengan kerajaan (Tentera dan Polis) .
# Terdapat juga penduduk yang bekerja dengan sektor swasta, terutamanya di kilang-kilang berhampiran, berniaga barangan runcit & makanan.
# Sebahagian kecil penduduk menjalankan aktiviti pertanian.
   

Nama Ketua Kampung

En. Jamaludin Bin Adnan

info atas tu aku dapat kat uncle gugel.... aku pon tak berapa pasti sejarah sebenor kg batu 8 ulu kinta.. yang aku ingat... aku dah mula dudok kat bt 8 nie semenjak tahun 1979.


kutik: nama gelaran yang kami panggil kat satu uncle yang handle kedai minum bebetoi kat simpang masuk ulu kinta. aku mula berjinak2 ngan kedai kutik seawal tahun 1980 ketika aku berumur 8 tahun, darjah 2!!

kedai kutik bukan istimewa sangat... diawal2nya.... kalau hujan, sesiapa yang duduk kat kedai kutik kena angkat kaki sebab air mengalir masuk ke kedai... perkara ni berlanjutan bertahun lamanya hinggalah kutik renovate cikit di mana ditambahnya simen dan atap bagi keselesaan pelanggan.

aku mula hardcore ngan kutik sebaik saja aku lepas spm... setiap hari akan aku duduk menom2 kat kutik bersama member2 sekampung yang kekal sampai la nie.... sham,abun dan ejan. kami telah dididik(sendiri) untuk mengukuhkan ukhwah sesama kami sambil menikmati teh tarik yang benar2 kaw punyea.... peh....

disebabkan famousnya kutik dengan pelbagai jenis manusia yang lepak2 menom makanya banyaklah cerita2 yang pelik2 kutik berkongsi dengan aku dan member2 yang lain.... antaranya ialah.....

spenda pintal getah

kutik ceritankan begini.....

pada satu hari, ada seorang mamat (jenis suka langgan2 pempuan) telah bertemu ngan sorang awek cun melecun.... so, kalau dah boye tu, macam biasalah..... bangkai pon sangap!! selepas dibelanja makan dan menom teh tarik.... dibawanya awek tadi ke sebuah hotel.... bermulalah adegan yang biasa2 gitu sampailah satu part dimana tangan mamat tadi telah sampai ke kawasan yang dianggap sacred dan dikawal rapi oleh awek cun tuh...

awek tu cuba menepis namun begitu atas kemahiran boye nie.... akhirnya dia pun menurut rentakan boye tembaga yang tidak pernah putus2 berusaha, jari jemarinya telah mengulit2 tempat yang sepatutnya....

ah besor tul permata....kata boye tu dalam hati...

dia asek bermain2 di situ... dan tiba2.... jari mamat tadi terasa seolah2 telah dilastik oleh sesuatu... dia tersentak!! hampir dia melatah.....

dia memandang muka awek tu dalam keadaan terpinga2, awek tu pun kelihatan malu..... rupa2nya.... permata yang disangka besor tadi tu adalah gumpalan getah yang telah dipintal2 bagi menutup spenda awek(tak mampu nak ganti) yang telah berlubang...

hahaha... hampeh tul kutik!! satu meja kami riuh ngan gelak ketawa disebabkan oleh joke kutik tadi.... entah betul ke idak.... selamba tul kutik......

kata kutik, (ada moral value)

kalau kome pandang pempuan lawa2... jangan le percaya terus...... entah2 spenda pun pintal getah!!

jadinya aku masih teringat cete kutik nie..... so aku pon namakan blog aku nie... spenda pintal getah..... yang membawa erti mendalam.... iaitu.....

keburukan dalaman kekadang dimurnikan oleh penglihatan luaran

begitulah ceritanya.... tipu kutik...kena tipu le kita semua........

Saturday, December 12, 2009

akhir sebuah impian oleh mohamed rahmat


umno akhirnya sebuah impian
hari ni ke mph.... cari buku nie.... entah apa hanginnya aku nak membaca lak time2 nie...

umno: akhir sebuah impian... by mohamed rahmat.


aku belum baca lagi..... mesti banyak yang diluahkan oleh orang tua yang dah pencen.... memoir mesti banyak tuh! 

bior aku baca dolo, kemdian aku review sendiri.... 


harga, rm29.90

Friday, December 11, 2009

ada apa dengan spendapintalgetah

ipoh white coffee from old kopitiam
lepas jemaat nanti akan aku ceritakan bagaimana nama spendapintalgetah terbit...
daripada KUTIK... agak 18sx tapi leh layan.....

Thursday, December 3, 2009

Tmnet servis yg hampeh!

Oleh kerana streamyx aku makin slow, so aku pun upgrade ke 4mb.. Dari 1mb aku ke 4mb.. Poyo2 je aku apply minggu lepas...


Sampai ke hari ni orang telekom tak sampai2 nak setting internet kat rumah....

Semalam aku call tmpoint... Kata officer yang layan aku... Permohonan dah lulus kena tunggu orang telekom yang pasang... So dia pun bagi aku no phone dema yang patot datang....

Dah jadi macam panggilan berantai lak... Dari satu nombor ke satu nombor aku call....
Ada yang bagitahu dia tengah dalam rawatan dan ada yg berjanji nak datang pagi ni....

Hampeh... Ni dah dekat kul 12.30... Naik beku aku nunggu... Idak sampai2.... Aku hantar sms pun idak berbalas......

Aku dah bagitahu bior le aku setting sendiri tapi kata dema takut aku silap.. Hampeh... Selama ni aku yang setting sendiri pun.. Ni tak pasal2 aku kena bayar rm88... Dah la tu.. Lembab lak nak set temujanji datang umah...

Pagi tadi baru la tenet ok sikit.. Ada peningkatan download..... Idak kalu... Siput babi pun lebih laju geraknya berbanding streamyx aku kat rumah aku nie....

Banyak kali aku call 100 dan macam2 bantuan dema bagi... Bagus2 operator yang bantu aku tu... Tapi apakandaya selagi tmnet tak upgrade mana yang patut akan sentiasa le macam nie.....

Tmnet bukan astro... Tiap kali hujan, siaran akan terganggu....

*masih menunggu orang telekom...
Ni dah kul 6 petang... Kompom tak datang le tu.. Hampeh tahap gaban!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...