aku-dan-photography

Thursday, December 17, 2009

undang2 untuk kaki mandrem!!

Gubal undang-undang hukum pengamal sihir
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my


SHAH ALAM: Penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.


Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, semalam.


Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru.


baca artikel penuh


ya.... ilmu mengilmu telah diiktirafkan sebagai satu masalah dalam kehidupan....
memang meletihkan kalau semua dah mula main magik!
macam2 jenih magik ada!


bini ilmu laki, laki ilmu bini... anak ilmu emak.. adik beradik, kawan2, musoh2... sabit kata... main magik belaka!







salah satu yang masih terkesan dalam ingatan aku ialah cete isteri,pempuan dan dot3!
walopon pada masa tu aku masih teruna lagi.... kesan cete tu menakutkan.... bayangkan kalau dapat bini yang jenih pandai wat nasik tonggeng..bagi laki makan supaya laki akan tunduk ikut telunjuknya... lakonan sofia memang cukop berkesan(ekspresi masa dia nonggeng tuh.... peh!!-10 tahun lepas felem nie kuor baru aku tau!!).... aku bayangkan betapa kotornya rezeki yang dihidangkan..... hampeh!




nasi kangkang Pictures, Images and Photos
gambar hiasan, tak pasti ni nasik kangkang lelaki!! haha!(tak sanggup le nengok kalau lelaki wat nasik tonggeng tuh)


bagi lelaki lak.... ilmu penunduk..... tengok bini... bini pun tertunduk... tengok anak dara... anak dara tertunduk2..... ya, ilmu jenih nie tak lain tak bukan, gila nyambei je krojeanya.... berhati2 le wahai kaum pempuan.... satu tips.... kalau berkenalan ngan laki... try mintak no ic dema.... lepas tu pergi le check kat jabatan pendaftaran dan jabatan agama.... check status.... orang laki nie... kebiasaanya, nak 'bujang ' sepanjang hayat...... kecuali admin blog ni jea....

amalan magik2 nie memang dah lama dah..... demi mencapai matlamat, cara dihalalkan! tapi aku pelik gak.... ngape tak guna ilmu2 untuk perkara2 yang baik? contohnya... ilmu kan orang tu untuk jadi baik,menghormati orang tua dan sebagai, sebaliknya.... mintak yang pelik2.... bagi lemah syawat la, kembong perot.... takleh tido malam.... nampak bayangan pelik2, merasuk dan banyak lagi!!




budaya magik2 ni unik mengikut kaum dan bangsa juga..... setiap genre ada magik masing2..... apapun, adakalanya magik kena lawan ngan magik....terpulang kepada kita untuk memilih magik putih atau magik hitam!!


*tapi camne nak buktikan ye? bukan ada resit bagi setiap kali orang berurusan ngan magik2 nie.... cctv pun takde rasanya.....






4 comments:

Ms AiReEn MoHd said...

UIK...HAAH SEMLAM PUN DENGO BERITA pasal ilmu sihir , ilmu itam, ilmu hisab da segala ilmu la...semua org nyer terlepas sebab tak der akta ekkk..mane tak yer...da org besor pun main segala tok bomoh...ade yg berduit amik lagi handal amik ko...tah dr mn dtg nyer si tukangtu tah....huhuhu...ehh jap ni org kg tapah tu ker?

kulop ludin said...

huhu.....
teman orang yang sama gak tuh.....

sabit main ilmu2, lemah le teman....
lagi maju kita... lagi gemor orang besor2 main magik yea....

Dak Wan said...

Eleh, tak leh ambik bomoh kat Msia, dorang main kat seberang plak. Tahyul, kurafat semua tolak tepi. Apa nak jadik, ntah la....

kulop ludin said...

huhu..........
tu la pasal....

janji ada kuasa! kuasa magik!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...