aku-dan-photography

Tuesday, December 22, 2009

TANJUNG RAMBUTAN






Arwah datuk aku bekerja sebagai atendan di hospital tanjung rambutan.
Tanjung rambutan cukup terkenal... Sering dirujuk sebagai tempat orang gila. Dalam filem pramlee.hospital tanjung rambutan banyak kali digunakan dalam dialog2nya....



Ramai orang yang tinggal di tanjung rambutan agak malu2 untuk mengaku mereka ni asal atau tinggal di tanjung rambutan. Termasuklah aku pada mulanya. Pabila orang bertanya...


"Asal dari mana? Jawapannya... Ipoh!
Hehe...


Aku tinggal dalam kawasan hospital.. Jadinya memang hari2 aku tengok pesakit mental dalam tu.. Kesian gak.. Kadang2 tangan terhulur keluar dari pagar.. Melambai2 aku dan kawan2 aku.. Kami gemor main tembak2.. Maklum lea.. Time tu.. Siri combat tengah top.. Dan aku jadi vic morrow (aku sebut big morro)


pesakit tadi melambai lagi... Kami berhenti.. Masing2 menyilangkan mesin gun diperbuat daripada batang ubi kayu yang melata di belakang rumah.
"adik... Mintak tolong belikan pakcik tembakau.
Antara barang yang dicari adalah tembakau atau rokok.. Agaknya itu adalah santapan mental yang paling sedap kut...

Aku tak pasti tahun bila..
Botak chin (google le sendiri yea) penjenayah yang paling dikehendaki polis telah dibawa ke hospital tanjung rambutan untuk rawatan. Wadnya berhampiran kawasan kami iaitu di line madrasah.. Masa tu aku perhatikan punya le ramai polis.. Laluan ditutup atas sebab keselamatan.

Aku terdengar dari sembang orang tua2(pada masa tu..) Botak chin ni macam robin hood.. Duit yang dia rompak tu digunakan untuk membantu orang2 miskin..
Entah le sapa robin hood tu... Aku budak lagi... Yang aku tahu... Vic morrow...
Banyak betul kenangan semasa tinggal di kuarters tanjung rambutan(line madrasah).... Nanti aku ceritakan sekadar mana yang aku mampu..

2 comments:

Duniaku said...

kalu Botak chin idup le..dia mesti nak curik enjin jet pejuang TUDM..sebijik 50juta..2 kalu...SaipulHanif sah kata."kaya..kaya..kaya..",.
apa pun MENCURI tetap DOSA...

kulop ludin said...

haha...
iyebenor tu bob....

botak chin tu dah kompom mencuri terang2...
ada yang mencurik harta rakyat senyap2....lagi besor ponye botak!!

kalau curik hati... tak dosa kut.....

saiful hanif.... nanti kita kontek sampai dapat!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...