aku-dan-photography

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH


masjid an nur bt 8 ulu kinta perak

sabtu lepas aku berkesempatan duduk di masjid mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh yang berbahagia dato' haji hassan din al-hafiz yang datang ke masjid an nur batu 8 ulu kinta.

adapun, aku ni bukanlah jenis rakan2 masjid... tak berapa pandai dalam hal2 agama... namun begitu... aku belajor sedikit demi sedikit...(ehem2)

masjid an nur bt 8 ulu kinta
ramai gak yang hadir pada malam tu...

1malaysia
tapi ramai lagi yang hadir semasa perasmian rasmi 1malaysia di stadium indera mulia ituhari...

masjid an nur bt 8 ulu kinta 1

memang mengikut ustaz tu.... kalau nak dibandingkan kehadiran sambutan tahun baru masihi.... punya le ramai orang2 melayu islam yang terkinja2 melompat2 celebrate dengan penuh perasaan gumbira amat sangat... ini jauh berbeza dengan sambutan maal hijrah..... masih ramai tak tau betapa besarnya makna hijrah...tahun baru islam!!

banyak tul ilmu yang aku dapat malam tu..... antaranya, umur rasullullah masa first terima wahyu ketika berumur 40tahun 3 bulan 8 hari kalau ngikut kalendar islam...kalau ikut kalendar masehi... umur tu dah jadi 39 tahun 6 bulan 8 hari... ini bermakna umur kita la nie sebenornya tak tepat.... kita tua beberapa bulan.... jadi itu bermakna rebutlah peluang beribadat ketika kita masih lagi diberi keizinan untuk hidup.... (tersedor aku jap)

hampir 2 jam ceramah tu.... aku macam biasa mesti kena cari dinding untuk bersandar... maklumlea... udah tetua nie.... beteh dan peha cepat benor kebehnya...

lepas abih ceramah.... aku ngan ejan gi ipoh ke gerbang malam....



banyak info lagi di sini : klik2

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...