aku-dan-photography

Friday, December 25, 2009

LORONG HAJI TAIB DAN TERUNA AKU.

masjid di batu 3  jalan pahang tapah


Tiada tempat yang paling segar dan tenang melainkan berada di dalam masjid.
Dah banyak tempat aku sampai... Masjid tetap nombor 1.... Mungkin kerana rahmat yang berada di dalamnya...

Lorong haji taib... Sedap namanya.... Tapi entah macammana lorong tu cukup terkenal dengan ayam2 kaki dua yang boleh bercakap...


1991
masa ni aku bekerja di sebuah kilang di bercham.-kilang buat tiub... Hampir semua kawan kampung bt 8 aku cari duit di kilang tu... Tian thye.- nama kilangnya..
Di kilang tu aku ditempatkan di merata2.. Dan baru aku tahu..-bukan senang nak kaih rezeki..-berpeluh2 mencurah2..terutama apabila getah perlu dimasukkan ke dalam tempat stim..kepala nat pun dah sama besar dengan penumbok dewasa.. Dan perlu diketatkan satu persatu... 

Selain daripada menjadi buruh kasar tak tentu tempat.-aku juga jadi kelindan lori.- driver nya seorang cina tetapi agak fasih berbahasa melayu cumanya tak tahu membaca.-so aku dan seorang kawan aku jadi juru pandu merangkap macai..

Hinggalah tiba satu hari kami ke petaling jaya untuk menghantar barang.. Kami dah nampak papan tanda menghala ke tempat tu.-tapi disebabkan tak pernah sampai area2 sini.. Aku kata kat driver tu.. Belum sampai lagi.. Hasilnya seronok le kami layan mata ke tempat2 yang baru... Last2 driver tu rasa macam dah kena main je ngan dua mamat nie... 

Pendek cete.. Kami kena marah bila aku kata
"eh wong.. Saya ingatla itu tempat sudah lepas la.. Belakang sana.. Sudah jauh wo...
Kata wong
" lu orang betul2 talak guna la... Lu orang tak tau baca ka? Lepas tu apaentah dia mencarut dalam bahasa kantonis.. dalam hati.. Aku cakap.. Lantak ngko la wong janji aku leh makan angin ..
Malamnya wong bawa kami ke sebuah tempat istimewa...

"ini malam kita pergi tempat best

rupa2nya kami ke lorong haji taib... Aku dah debor2 maklumlea sebagai teruna sunti..-aku tak biasa benda2 camni. bila sampai di sana.. Wong bawak aku meronda ke kebanyakkan hotel yang ada.. Masih aku ingat.. Cantik dan ceria.. Macam2 warna.. Merah jambu.. Purple... ehem.. Bila masuk dalam tu...
"mali2 pilih2 ha.... Yang situ lima belas linggit... Sana tu dua puluh linggit.. Pilih2 mana suka.... kata apek tu

Wong tanya aku dan kawan aku...

"ei gumuk lu mau mana? Angkat2 gua belanja ini malam...

Huhu... Umor baru 19 tahun.... Dah dapat offer macam tu.... Cakap telus.. Aku tolak offer tu, aku tolak bukan kerana aku ni baik sangat tapi.. Aku takut... Lagipun aku tak biasa nak open habisan2... Tak gamak nak bolen depan pempuan..malahan nak tengok aku bolen diri sendiri pun tak sanggup juga.... Hahaha.

Lepas ronda2.. Agak reda debor2 dalam jiwa ni... Wong bawak kami pergi makan... Aku makan sikit jea mungkin kerana masih teringatkan apek yang offer tadi... Sedangkan kawan aku tu belasah selagi mahu..

Wong berbisik pada aku.. Itu budak badan kecil saja tapi lu tengok dia taruh apa dalam pinggan... Cukup2 hantam sama saya... (mana tak komplen.-wong tu yang bayar semua!) 


2 minggu selepas itu wong dan kawan aku pergi ke tempat yang sama tapi kali ini tanpa aku..

Kawan aku hilang teruna.

6 comments:

Nietanozie said...

Sangat tragis pengalaman mike.........

kulop ludin said...

haih....
nasib baik trajis....
mujor idak ternajis!! haha!!

Dak Wan said...

Seb baek tak kena paksa yob weiii... hahaha

kulop ludin said...

tu lea...
kalau teman kena paksa arituh...
anggap terpaksa tanpa rela!!
hahaha!!

Wanita Bertudung Hitam said...

so boleh kata kebanyakan laki melayu memang da tade teruna la eh? i mean based on ur story, macam rilek je..

kulop ludin said...

20 tahun lepas punya cerita, tak sama macam sekarang.... dulu segelintir... la nie setara....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...