aku-dan-photography

Sunday, December 13, 2009

kutik dan spendapintalgetah

Kampung: Kg. Batu 8, Ulu Kinta

Daerah: Kinta

Mukim: Ipoh

Latar Belakang:
Penempatan di Kg Batu 8, Ulu Kinta bermula pada tahun 1969. Tanah penempatan di Ulu Kinta ini di diberikan bagi menghargai perjuangan UMNO bahagian Tanjung Rambutan pada masa itu. Bermula pada penghujung tahun 2001, seorang ketua kampung telah dilantik bagi mewakili Kg Batu 8 dan berpuluh-puluh kampung lain di sekitar kawasan Ulu Kinta termasuklah 4 perkampungan Orang Asli.

    Lokasi

Bandar: 16km dari bandaraya Ipoh

Pekan: 3km dari Tanjung Rambutan
   

Statistik
Dianggarkan seramai 12,000 orang penduduk di sekitar Kg Batu 8 yang terdiri daripada bangsa Melayu (90%), Cina (8%) dan India (2%).

   

Ekonomi
# Majoriti penduduk berkhidmat dengan kerajaan (Tentera dan Polis) .
# Terdapat juga penduduk yang bekerja dengan sektor swasta, terutamanya di kilang-kilang berhampiran, berniaga barangan runcit & makanan.
# Sebahagian kecil penduduk menjalankan aktiviti pertanian.
   

Nama Ketua Kampung

En. Jamaludin Bin Adnan

info atas tu aku dapat kat uncle gugel.... aku pon tak berapa pasti sejarah sebenor kg batu 8 ulu kinta.. yang aku ingat... aku dah mula dudok kat bt 8 nie semenjak tahun 1979.


kutik: nama gelaran yang kami panggil kat satu uncle yang handle kedai minum bebetoi kat simpang masuk ulu kinta. aku mula berjinak2 ngan kedai kutik seawal tahun 1980 ketika aku berumur 8 tahun, darjah 2!!

kedai kutik bukan istimewa sangat... diawal2nya.... kalau hujan, sesiapa yang duduk kat kedai kutik kena angkat kaki sebab air mengalir masuk ke kedai... perkara ni berlanjutan bertahun lamanya hinggalah kutik renovate cikit di mana ditambahnya simen dan atap bagi keselesaan pelanggan.

aku mula hardcore ngan kutik sebaik saja aku lepas spm... setiap hari akan aku duduk menom2 kat kutik bersama member2 sekampung yang kekal sampai la nie.... sham,abun dan ejan. kami telah dididik(sendiri) untuk mengukuhkan ukhwah sesama kami sambil menikmati teh tarik yang benar2 kaw punyea.... peh....

disebabkan famousnya kutik dengan pelbagai jenis manusia yang lepak2 menom makanya banyaklah cerita2 yang pelik2 kutik berkongsi dengan aku dan member2 yang lain.... antaranya ialah.....

spenda pintal getah

kutik ceritankan begini.....

pada satu hari, ada seorang mamat (jenis suka langgan2 pempuan) telah bertemu ngan sorang awek cun melecun.... so, kalau dah boye tu, macam biasalah..... bangkai pon sangap!! selepas dibelanja makan dan menom teh tarik.... dibawanya awek tadi ke sebuah hotel.... bermulalah adegan yang biasa2 gitu sampailah satu part dimana tangan mamat tadi telah sampai ke kawasan yang dianggap sacred dan dikawal rapi oleh awek cun tuh...

awek tu cuba menepis namun begitu atas kemahiran boye nie.... akhirnya dia pun menurut rentakan boye tembaga yang tidak pernah putus2 berusaha, jari jemarinya telah mengulit2 tempat yang sepatutnya....

ah besor tul permata....kata boye tu dalam hati...

dia asek bermain2 di situ... dan tiba2.... jari mamat tadi terasa seolah2 telah dilastik oleh sesuatu... dia tersentak!! hampir dia melatah.....

dia memandang muka awek tu dalam keadaan terpinga2, awek tu pun kelihatan malu..... rupa2nya.... permata yang disangka besor tadi tu adalah gumpalan getah yang telah dipintal2 bagi menutup spenda awek(tak mampu nak ganti) yang telah berlubang...

hahaha... hampeh tul kutik!! satu meja kami riuh ngan gelak ketawa disebabkan oleh joke kutik tadi.... entah betul ke idak.... selamba tul kutik......

kata kutik, (ada moral value)

kalau kome pandang pempuan lawa2... jangan le percaya terus...... entah2 spenda pun pintal getah!!

jadinya aku masih teringat cete kutik nie..... so aku pon namakan blog aku nie... spenda pintal getah..... yang membawa erti mendalam.... iaitu.....

keburukan dalaman kekadang dimurnikan oleh penglihatan luaran

begitulah ceritanya.... tipu kutik...kena tipu le kita semua........

4 comments:

Duniaku said...

kah..kah...memang 18sx punya joke..namun kekadang joke penuh gan seribu satu macam maksud yg tersirat..samaada kita gelak mengekek sampai berair mata tanpa ambil apa-apa iktibar atau tersenyum sinis kerna pengajarannya..JOKE telah mencapai metlamatnya..sbg hiburan dan Nasihat...
adios...cherio..

kulop ludin said...

haha... betoi tu mike.....
banyak lagi kenangan akan teman ungkapkan di sini...
terutama time kita belajor di maahad ipoh!!

Nietanozie said...

kah..kah..kah... tumpang gelak cik kulop...
tapi still ader moral of the story nyer....

kulop ludin said...

ahakz....
itu le ghopenyea kalo kaum lelaki sembang kat kedai kopi....

kekadang merapu ntah apa2....

ada yang sembang politik...
itu salah, ini salah...

thanks for komen!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...