aku-dan-photography

Wednesday, December 16, 2009

Kentut wangi


ini kereta idaman member kampung(batu 8) aku, ejan...

Semua orang tau kentut tu busok! Walaupun menurut bijak pandai kentut tu penting bagi memastikan perut bebas daripada angin yang menjerihkan kalau perut dah penuh..
Bila kentut.. Orang tutup hidung,marah2 dan sebagainya. Semua bencikan kentut terutama kentut orang lain...

Tapi ada masanya kentut tu wangi... Zaman kentut wangi agak unik merujuk kepada satu awalan perhubungan antara uda dan dara.. Romeo dan juliet. Kentut mereka tidak menganggu malahan masing2 mengawal tindakbalas yang normal bagi manusia biasa..

Dan ketika kentut tengah wangi.. Mereka mengikat ikatan kasih sayang menjadikan dunia mereka lebih bermakna...susah senang diganding bersama... Keceriaan semakin terasa dengan kehadiran insan ketiga dan bertambah lagi...

Akhirnya kentut mereka tak wangi lagi... Berbagai cara telah dicuba.. Kentut mereka tidak sehaluan... Masing2 menuduh kentut siapa yang paling hampeh dan menjijikkan...

Kiranya itu terjadi.... Kenanglah zaman kentut wangi dahulu....
kadang2, kentut kita dah tak penting...tapi kentut anak2 perlukan perhatian kita...
Tidakkah indah apabila tiba masa kentut anak kita menjadi wangi, kita ada bersama2...

Hidup bukan setakat diri kita sorang jea...

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...