aku-dan-photography

Monday, December 21, 2009

Ibu mertuaku dan menantu


Sebut saja ibu mertua... Em..-berbagai reaksi atau tanggapan boleh kita nampak.
Ibu mertua digambarkan sebagai satu halangan perasaan bagi semua yang bergelar menantu.
Aku kagum cara orang rumah aku melayan anaknya... Penuh kasih sayang.-dan aku terfikir apabila anak ini besar dan mempunyai keluarga sendiri.-adakah dia mampu berkongsi kasih antara dirinya dan menantu.
Ibu mertua vs menantu biasanya lebih merujuk kepada menantu perempuan... Menantu lelaki.-jarang sikit sebabnya lelaki ni tak berapa nak ambil port hal2 camni....
Dalam filem pramlee... Berlainan pula.... Menantu lelaki ngan mak mertua.... Kalau tengok cete tu..-memang nampak kejam jea ibu mertua tu.-tapi kalau kita halusi..-mana ada satu mak bapak nak anak dema hidup tak sempurna..-udah penat menjaga-melahirkan dema-tak tidur malam-alih2 pasangan pilihan dema tu memang takda masa depan... 

bukan senang nak jadi makbapak!!



* hujan nak turun kena angkat kain la.. Nanti sambung lagi...


setelah aku gugel, ada satu masalah yang agak menarik...


Soalan;


Assalamualaikum ustaz. Saya ingin mengutarakan beberapa persoalan.
i) Berdosakan /anak derhakakah seorang anak lelaki yang mengambil berat akan ibu bapanya. Tetapi ibu tersalah faham akan apa yang dicakapkan oleh anak terhadapnya. (ibu terlalu mendengar kata anak-anak yang lain)
ii) Patutkah suami saya menceraikan saya atas desakan adik perempuannya dengan berkata " isteri boleh dicari tetapi mak seorang sahaja", demi menjaga keluarganya.
iii) Apakah hukumnya pula kalau anak perempuan yang sudah berkahwin tinggal bersama maknya dan berjauhan dengan suami, serta menyusahkan emaknya dengan tidak membantu membuat kerja-kerja rumah.
iv) Apakah pula hukum orang yang mencaci dan memaki di bulan puasa yang mulia ini ustaz.
- ustaz saya harap ustaz dapat menjawab semua persoalan saya ini. saya dan suami buntu. sekian terima kasih.


jawab staz balik.....


1. Anak wajib berlaku baik kepada dua ibu-bapanya. Jika mereka miskin, wajib anak menafkahi mereka. Hendaklah sentiasa bertutur dengan baik di hadapan mereka, menjaga hati mereka dan menggunakan bahasa yang lunak jika ingin menegur mereka. Apabila ibu-bapa telah tua mereka kadangkala terlalu sensitive dan mudah tersentuh hati, maka ketika itu anak hendaklah banyak bersabar dan bertolak ansur. Jika berlaku situasi bermasam muka –mungkin kerana salah faham atau hasutan orang lain- anak hendaklah terlebih dahulu memohon maaf dan cuba membetulkan keadaan walaupun pada hakikatnya dia tidak bersalah. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya); “Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkat darjatnya” (Riwayat Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah dari Abu Hurairah r.a. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 8605).


2. Manusia –termasuk ibu atau bapa atau ahli keluarga- hanya boleh ditaati jika mereka menyuruh kepada kebaikan. Tidak harus suami mentaati mana-mana orang yang mendesaknya untuk menceraikan isterinya yang soleh yang tidak pernah nusyuz sama ada orang itu ibu, bapa atau sebagainya. Ada setengah ulamak mengharuskan suami menceraikan isterinya atas permintaan bapanya tetapi dengan syarat bapa adalah orang soleh dan menjadi tabiat orang soleh tidak akan menganiayai sesiapa tanpa sebab. Adapun jika bapa tidak soleh, tidak wajib mentaati kehendaknya itu. Menurut ulamak; tidak masuk dalam kategori kebaikan kepada ibu-bapa dengan mentaati mereka supaya menceraikan isteri yang baik dan tidak dinamakan anak durhaka jika si anak tidak mentaati ibu atau bapa supaya menceraikan isterinya tanpa sebab yang munasabah.


3. Isteri tidak harus tinggal di luar rumah suaminya kecuali dengan izin suaminya. Tanpa keizinan suami, ia berdosa dan dikira isteri yang nusyuz. Mengenai menyusahkan ibu, tidak seharusnya seorang anak menyusahkan ibunya. Di antara pengertian berbuat baik kepada ibu-bapa yang dituntut di dalam al-Quran dan hadis ialah membantu mereka jika dalam kesusahan dan tidak melakukan perkara yang menyusahkan mereka.


4. Di antara kewajipan seorang muslim ialah mernjaga lidah. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bercakap yang baik-baik atau ia senyap sahaja”. Mencaci-maki adalah dosa. Jika dilakukan di bulan Ramadhan akan mengurangkan pahala puasa. Jadi, ia akan mendapat dua kerugian; (pertama) dosanya makin bertimbun kerana caci-maki itu, dan (kedua) pahala puasanya berkurangan. Bagi orang yang dicaci atau dimaki pula, ia hendaklah bersabar dan jangan membalas cacian atau makian itu dengan cacian atau makian pula. Dalam hadis, Nabi s.a.w. menasihatkan kepada orang berpuasa; “Apabila ada orang datang kepada kamu mencaci dan mengherdik kamu, katakan kepadanya; ‘Aku sedang berpuasa’ (yakni jangan pula membalasnya dengan mencaci pula)” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Wallahu a'lam.


blog ustaz

2 comments:

cik bulan said...

masalah menantu vs mertua ni mmg lazim kan? kalau x besar pun masalah nye.. sikit mesti ada.
actualy sebenarnya.. benda ni biasa. and sekejap je. bg cik bulan, mertua dan menantu ni dibesarkan di persekitaran yg berbeza. so kira mcm susah nak adapt cara hidup masing2. so mula salah phm skit. tp kalau menantu or mertua yg jahat. x leh nk wat apa dah. hati dah hitam, mmg akan lakukan benda tak elok, suruh anak ceraikan menantu segala. wah.. cik bulan ckp mcm org dah kawin je.
tp tu yg bulan rasa.
actually bulan dibesarkan dgn mcm2 masalah manusia. keluarga bulan besar. mak dengan nenek(mak ayah). and kakak dgn mertua dia. mak bulan n menantu die. alhamdulillah mak bulan n menantu2 dia ok2 je. cume biasalah awl2 fasa perkahwinan ada salah phm skit. tp dah lama2.. masing2 dah tahu rentak masing2. cuma, mak bulan n nenek je.. even sampai sekarang tak baik. nenek bulan tergolong dlm org tak baik.

kulop ludin said...

em.. tima kasih kerana berkongsi.

pemerhatian bulan tu nanti dapat membantu bulan apabila tiba waktunya....

cumanya lupa nak tambah ckit....
mak mertua pun sama level ngan mak kita sendiri...
doanya cepat makbul kalau kena gayanya....

nanti tak pasal2 kena sumpah jadi eisbok!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...