aku-dan-photography

Tuesday, December 29, 2009

hot springs sungkai seperti aku janjikan.

sungkai hot springs


Seperti yang aku janjikan hari ni aku ke hot springs sungkai... Anak aku danny sesubuh sekatak dah kacau aku..

Bapak.-bila nak pergi swimming pool nie..terpingga2 aku lepas dia tanya betul2 kat depan muka aku...

Walaupun aku duduk kat tapah tapi ini le kali pertama tergerak hati nak ke sini..-ini adalah rentetan gagalnya aku ke lost world of tambun baru2 ini....


sungkai hot springs

Dari tapah... Untuk terus sampai ke sini lebih kurang 40 minit jea... Idak le jauh... Cumanya perjalanan masuknya memang agak ke dalam sikit... Lebih kurang 7 km dari simpang pertama (berhampiran smk sg kruit)

apabila sampai... Aku berbaris mengambil tiket.. Bagi dewasa rm10 manakala budak2 rm8...
Selepas membayar tiket.. Aku memandu masuk ke dalam...

Sesampai di sini... Danny dah tak sabar2... Maklumlea.. Budak2 mana yang tak suka kolam2 air ni.... Itik kampar pun suka!

Ramai orang kat sini.. Aku perhatikan keadaan sekelilingnya cozy dan ada chalet juga untuk penginapan.

sungkai hot springs

Cuaca yang agak mendung cukup baik bagi aku.. Idak ke sun burn.. Kulit aku tak berapa nak mesra dengan keadaan cuaca yang terik.. Terbakar kulit aku...


Aku perhatikan anak aku dan orang rumah aku tak berenti2 berendam... Aku dah stop.. Entahlah..- mungkin sebab yang aku ceritakan dulu.-mandi laut sebulan yang menyebabkan begitu.


Setelah hampir 2 jam kami di sini.-tiba waktu untuk pulang.... Danny dan orang rumah aku berasa puashati.-cukup untuk menutup tirai 2009

r&r tapah
*dicatat ketika berhenti rehat di r&r tapah.-berhenti makan-lapor le pulak...

4 comments:

anjang said...

memang syok kat sini tak sedor masa berlalu. kalau orang tempatan masuk RM5 je dengan syarat tunjuk ic orang yang tinggal di felda sg klah

kulop ludin said...

wah untung le orang kat2 situ...
teman orang ulu kinta... pegi lost world of tambun.. apa pun tarak....

nanti nak ke situ lagi... tak sempat ke kolam ayor paneh!!

Dak Wan said...

Huhuhu... beshnya! Bebudak klu dah masuk kolam tak dapek nak nolongnya...

kulop ludin said...

betoi tu mike.....
gemor benor ayor...cumanya teman idak lagi ke kolam ayor paneh yg mike tulih dalam blog mike..

save tempat tu untuk akan datang lak.. huhu!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...