aku-dan-photography

Saturday, December 26, 2009

1984 pantai tanah merah melaka


 

1984
Aku darjah enam.. Pada tahun ini aku telah berpindah ke melaka.. Memang sukar untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Tapi aku suka tempat ni kerana opah aku telah menyewa sebuah rumah yang betoi2 di tepi pantai.


Pantai tanah merah betul2 bersebelahan dengan kem komando sungai udang di bahagian pantai. Terletak betul2 dihujung perjalanan selepas melepasi pantai rombang dan pantai kundur... Rata2nya penduduk kampung ni adalah nelayan dan ada yang jadi penoreh getah.
Pantai tanah merah yang kini tiada lagi selepas petronas mengambilalih tanah orang kampung untuk dijadikan tapak tangki minyak yang besor tu.


Aku suka cara kehidupan penduduknya... Cukup ramah... Semuanya bergaul antara satu sama lain...


Apabila sampai dipenghujung jalan.-ada sebuah kedai runcit.-tak silap aku kepunyaan kak minah/munah atau pak uteh... Aku ingat2 lupa... Di sebelahnya ada dewan orang ramai dan court serbaguna... Penduduk kampung ni suka main bola tampar.- petang2 yang kecik dan yang besar join sekali main bola tampar... Meriah.


Duduk di melaka membuatkan aku belajar banyak perkara... Budaya dan makanan. Yang aku pasti... Sambal nasi lemak memang pedas dan masam.-jenuh aku nak sesuaikan dengan selera aku masa tu... Dan satu lagi adalah bahasa..-kasar bahasa orang melaka-bagi mereka yang tak biasa macam aku ni...  rupanya kasar tu bukan menunjukkan niat..-tapi menunjukkan kemesraan...
Aku ingat beberapa kawan2 lama aku di sana.. Antara yang masih diminda adalah kamal(kecil le orangnya)  dan faisal lassim-yang cukup marah apabila orang main nama bapaknya...tak pasti mengapa time kawan2 aku bersin dema akan pandang faisal...


Satu lagi adalah pasangan suami isteri... Ketot namanya... Kata orang ketot ni ada short sikit suis kat kepala..-entahla... Yang aku tahu dan nampak.- ketot memang romantik.. Ke sana ke mari berdua suami isteri.. Haih.... Love conquers all...


Hujan lak kat tapah.. Aku kat shamli bistro.. Makan tengahari... Em... Kena lepak le lagi sorang2.....


Disebabkan rumah sewa yang kami duduk(aku dan opah) di belakang pantai...
Jadinya aku mandi laut hari2... Sampai sebulan... Maklumlea... Tinggal di bt8 ulu kinta mana ada laut...  paling dekat pun di lumut... Peh... Mahu tak gembira nya aku... Akibatnya.. Sampai sekarang aku tak berapa eager nak mandi laut dah.Agaknya kesan daripada mandi tak berhenti selama sebulan kut...


Di kampung nie aku belajor macammana nak mengagau udang belacan.-memancing dan juga skodeng... Skodeng penyu bertelur..-tapi tak penah pun berjaya-tiap kali nak skodeng-aku tertidor.....


Aku bernasib baik sebabnya orang kampung ni sporting... Walaupun aku baru darjah enam... Dema tak kisah aku join sekali setiap kali tiba musim gagau udang belacan nie... Tapi jerih la...Nak menolak jaring yang diikat pada buluh menyusuri pantai... Dan pengalaman tu sampai bila2 takkan kulupa... Opah aku pun dah pandai buat belacan sendiri... Hehe... Tiap kali balik ipoh..-habis disedekahkan belacan kepada kawan2nya....


Aku tinggal setahun di sini.
1985
aku balik ke ipoh semula...Dan pada 1989.. Sekali lagi aku berpindah ke melaka.-ditempat yang sama apabila aku kemudiannya bersekolah di sekolah menengah kem terendak.

Banyak lagi pengalaman aku semasa tinggal di melaka... Akan aku ceritakan apabila kenangan mula menjelma..


*dicatat ketika hujan turun. shamli bistro tapah.

4 comments:

anjang said...

aku pun suka ke melaka, banyak tempat menarik

kulop ludin said...

betul tu mike.....
takleh abih dalam sehari!!!

Dak Wan said...

Jenjalan belah dalam nya yang tak terikut tu... tak gheti teman

kulop ludin said...

haha...
nenanti bila free, leh join club kete mike tuh... happening gak!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...